Home » » TIPS MEMILIH PRA SEKOLAH

TIPS MEMILIH PRA SEKOLAH

Written By Unknown on Selasa, 9 September 2014 | 4:03 PG


PRA SEKOLAH YANG KONDUSIF
"Rasanya saya masih belum terlambat untuk berkongsi apa yang saya tahu mengenai bagaimana memilih tadika yang sesuai untuk anak saya.Anak saya kini berusia 4 tahun, sekarang saya lihat banyak tadika-tadika menawarkan pelbagai program . Ini membuatkan saya pening kepala untuk memilih yang mana satu.Harap tips ini dapat membantu ibubapa untuk memilih pra sekolah anak anda "- Puan Jasmila Bt Mohd Jamli

 Sebagai ibubapa ada pilihan untuk menghantar anak ke tadika kerajaan atau tadika swasta.Ibu bapa yang menghantar anak ke tadika swasta haruslah mengenalpasti akan kurikulum yang disediakan oleh pihak tadika. Oleh itu ibubapa perlulah menijau terlebih dahulu tadika-tadika swasta yang ada disekeliling kita untuk mendapatkan tadika yang terbaik dan serasi dengan anak.
Selepas meninjau , berbincanglah sesama pasangan  anda untuk memilih tadika yang sesuai untuk anak. Berikut adalah panduan yang sepatutnya dipilih oleh ibubapa untuk mengemukakan beberapa pertanyaan kepada pihak pengurusan tadika :
  •  Kelayakan tenaga pengajar
  •  Kurikulum dan kokurikulum yang digunakan
  • Yuran Bulanan mengikut kemampuan
  • Kelulusan pendaftaran oleh Jabatan Pendidikan Negeri
  • Kelulusan premis bangunan oleh pihak berkuasa
  • Makanan yang disediakan oleh pihak tadika


KELAYAKAN TENAGA PENGAJAR
Kelayakan tenaga pengajar perlu dititik beratkan kerana menentukan mutu pendidikan yang akan diterima oleh anak-anak.Sekiranya tenaga pengajar mempunyai diploma pendidikan awal kanak-kanak , kaedah dan penekanan pengajaran lebih terjamin serta anak-anak tidak akan menjadi mangsa kepada sistem pendidikan di tadika tersebut.Perlu sesebuah tadika mempunyai kualiti tenaga pengajar dari bidang pendidikan awal kanak-kanak supaya kanak-kanak tidak merasa tertekan dan seronok dating ke sekolah kerana pembelajaran yang menyeronokkan dan kesannya hasil pembelajaran berkualiti.


KURIKULUM
Ibu bapa tidaklah terpengaruh dengan iklan yang memaparkan kurikulum yang mempunyai gimik yang tinggi tetapi ibubapa haruslah memilih kurikulum yang meliputi aspek asas perkembangan kanak-kanak iaitu bahasa , kognitif, fizikal , emosi dan estetika.Kurikulum yang digunakkan mestilah mematuhi dengan kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu , ibu bapa perlulah menitikberatkan kurikulum yang diajar oleh tadika tersebut supaya kualiti hasil pembelajaran sesuai diterima oleh anak-anak kita.

KOKURIKULUM
Aktiviti kokurikulum (aktiviti diluar kelas ) mestilah seimbang dengan kurikulum yang diajar supaya kanak-kanak ini dapat melakukan aktiviti mengikut sudut pembelajaran serta dapat memberi peluang pada diri kanak-kanak ini berdikari . Di dalam kelas yang terdapat di tadika, hendaklah dikendalikan oleh seorang guru dan seorang pembantu guru dengan nisbahnya 2 orang dewasa kepada 20 orang kanak-kanak.Aktiviti yang dijalankan hendaklah dalam kepelbagaian aktiviti antaranya berpusat pada kumpulan kecil dan perseorangan .

YURAN MENGIKUT KEMAMPUAN IBUBAPA
Ibubapa boleh memilih tadika mengikut kemampuan tetapi janganlah memandang kepada premis yang cantik sahaja diluaran sahaja. Tetapi ibubapa perlulah melihat dari segi kemudahan yang disediakan oleh pihak tadika supaya anak-anak kita selesa belajar disitu.Sekiranya ibubapa mencari yuran yang lebih murah boleh memilh TADIKA KEMAS, TABIKA PERPADUAN dan prasekolah di sekolah rendah di Kementerian Pelajaran Malaysia. Tidak kiralah tadika swasta ataupun tadika kerajaan yang penting, kanak-kanak ini pandai bersosialisasi dan mendapat pendedahan asas akademik yang berkualiti.

KELULUSAN PENDAFTARAN TADIKA
Tadika yang beroperasi mestilah didaftar di bawah Jabatan Pelajaran Negeri supaya kurikulum yang digunakan mencapai standard yang ditetapkan. Selain itu juga , pihak berkuasa juga dapat memantau guru-guru yang diambil untuk mengajar mestilah mempunyai diploma pendidikan awal kanak-kanak supaya kualiti pembelajaran kanak-kanak terjamin . jika guru yang diambil untuk menjadi guru tadika hanya SPM dan PMR, maka kanak-kanak inilah yang menjadi mangsa pendidikan yang tidak sempurna . Fikirlah ibubapa!!!!!
KELULUSAN PREMIS BANGUNAN OLEH PIHAK BERKUASA
Kelulusan premis bangunan yang digunakan oleh tadika mestilah disahkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan supaya operasi seharian kanak-kanak di tadika ini selamat.sekiranya tadika ini beroperasi di taman perumahan , perlulah mendapat kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan .sekiranya bangunan atau premis yang digunakan tidak mendapat kelulusan, dikhuatiri jika berlaku kemalangan seperti kebakaran , maka kanak-kanak menjadi mangsa keadaan .
Selain itu, premis ini mestilah mempunyai pengudaraan yang baik, keselamatan yang cekap dan suasana yang kondusif supaya kanak-kanak ini mengalami persekitaran yang selamat dan yakin ketika pembelajaran yang dijalankan .

MAKANAN YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK TADIKA
Selain itu, ibubapa perlulah memantau makanan yang diberikan oleh pihak tadika untuk pembesaran kanak-kanak.Ibubapa boleh melihat menu yang disediakan oleh pihak tadika. Menu yang disediakan oleh pihak tadika mestilah mengikut piramid makanan yang berkhasiat dan sentiasa bersih supaya kesihatan kanak-kanak terjamin .

Perkongsian pengalaman oleh saya sebagai seorang ibu.
Jasmila Jamli

0 comments:

Catat Ulasan