Home » , » 10 PERKARA PENTING UNTUK MAKANAN PEJAL BAYI

10 PERKARA PENTING UNTUK MAKANAN PEJAL BAYI

Written By Unknown on Isnin, 1 Jun 2015 | 10:35 PTG



BAYI & MAKANAN PEJAL

Proses memperkenalkan bayi kepada makanan pejal boleh dilakukan selepas bayi berusia enam bulan .Walaubagaimanapun, ada 10 PERKARA yang ibubapa perlu DIBERIKAN PERHATIAN

1.  Bayi berusia enam hingga lapan bulan perlu diberikan makanan pejal diantara dua atau tiga kali sehari.Disini anda boleh membuat menu jadual makanan pejal selama 30 hari makanan pejal untuk bayi anda.

2.       Jangan sesekali mendesak anak makan banyak pada satu-satu masa, berikan ruang masa  dan peluang kepada bayi untuk merasai belajar makan makanan pejal.

3.       Makanan pejal yang sesuai untuk bayi  yang berusia 6 bulan ialah PURI. Puri tersebut boleh dicampurkan bersama-sama susu ibu.

4.       Makanan pejal yang boleh diberikan kepada bayi seperti epal,pisang, labu,lobak merah, kentang dan brakoli utuk dijadikan puri.

5.       Pada peringkat permulaan , elakkan memberi bayi makanan yang boleh menyebabkan masalah alergi seperti keju,kekacang,makanan laut dan telur.

6.       Jangan sesekali menambah garam atau gula dalam makanan pejal bayi kerana buah pinggang bayi belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.

7.       Mulakan perkenalkan makanan jejari selepas anak anda semakin pandai makan iaitu sekitar usia lapan bulan .

8.       Jika bayi anda menolak makanan yang anda berikan padanya. Ibu perlu relax dan jangan paksa bayi untuk teruskan makan makanan tersebut. Mungkin bayi anda belum bersedia untuk menerima makanan tersebut.Paling penting , ibubapa jangan cepat berputus asa.

9.       Ketika memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, beri menu yang sama selama 4 hari – 7 hari . Tujuan ini penting untuk melihat tindak balas tubuh bayi terhadap makanan pejal yang kita berikan . Adkah bayi anda menghadapi masalah penghadaman atau alah kepada makanan yang kita berikan.

10.   Jangan lupa berikan minum air yang banyak supaya bayi anda tidak sembelit.

0 comments:

Catat Ulasan