Home » , » 6 cara kurus dengan cepat .

6 cara kurus dengan cepat .

Written By Unknown on Selasa, 9 Jun 2015 | 12:25 PG


Nak kurus dengan cepat + free + sihat.

 Wajib  anda baca dan hadam serta pratik dulu pada diri sendiri. Apa yang saya amalkan selama 2 minggu ini. Resultnya memang meletops....

1. Wajib sarapan yang berat.

Wajib ambil sarapan yang berat yang berunsurkan kabohidrat. Sarapan yang berunsurkan kabohidrat akan memberikan kita tenaga yang semaksimum sepanjang hari kita bekerja. Contohnya, untuk mendapatkan tenaga yang tinggi dan konsisten , seorang penoreh getah memerlukan tenaga yang kuat untuk menoreh getah dan seorang guru memerlukan tenaga yang tinggi untuk memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran yang hebat.Ambil sarapan yang sihat, akan membantu memori kita dengan lebih tajam serta pengerakan kita lebih cergas dan cerdas.

2. Berhenti makan sebelum kenyang.

Ketika makan, makanlah dengan kunyahan yang perlahan dengan kuantiti yang sedikit kerana ia akan membantu penghadaman.Makan dengan kuantiti yang kecil yang kecil dahulu, dengan perlahan dan tertib ,jangan gelojoh yea.Setelah rasa kenyang, berhentilah jangan teruskan.Jikan anda teruskan makan dengan keadaan yang anda telah kenyang, ia akan mengundang masalah kegemukan dan masalah penghadaman .

3. Makan di rumah sebelum keluar shooping.
Setelah penat berjalandan membeli-belah, pasti perut kosong dan terus ke MCD, KFC atau fast food. Semuanya makanan segera yang tidak sihat,apa yang perlukan ada lakukan sebelum keluar shopping. Pastikan anda makan terlebih dahulu di rumah dengan kenyang,dan bila dah kenyang anda keluarlah shooping dengan syarat  anda shopping dengan masa yang telah ditetapkan dan listkan apayang hendak dibeli sahaja. dah habis shopping, terus balik.Kan jimat dari segi makan .

4.Jangan percaya 100% pada info di pek makanan.

Jika anda pengguna yang bijak, periksa dahulu kandungan lemak pada kandungan di pek makanan.
kandungan lemak yang rendah, sederhana rendah dan sebagainya. Jangan percaya 100% pada kandungan lemak yang rendah, sila periksa dengan teliti kandungan lemak yang terkandung di dalam pek makanan tersebut. Nak kira lemak y boleh klik disini.

5. Makan malam awal.

Sebaik sahaja pukul 6:30 petang, letakkan masa ini sebagai masa makan malam anda dengan konsisten supaya anda dapat menjaga berat badan anda dengan ideal. Makan malam awal  dapat membantu anda rileks lebih awal,dan proses penghadaman lancar. Jika anda berasa lapar, bancuhlah secawan milo atau horlik dan minum sebelum tido.Jenis makan malam ini yang ambil hendaklah seimbang dan sihat. Jangan ambil kalori yang tinggi .

6. Minum air kosong.

Ajar diri anda denga minum air kosong sebanyak 8 gelas sehari. Sebabnya lagi banyak anda minum, lagi banyak toksin di dalam badan akan keluar dari badan kita.Jika kita kurang minum air kosong, kandungan lemak mudah terkumpul dan susah untuk kita buang toksin serta masalah lain pulak akan timbul , sembelit. Kebaikan minum air kosong ini,bukan sahaja untuk kurus tapi untuk tidak berlakunya penghidratan di dalam badan kita.



Tips yang saya gunakan ini, saya dah apply pada diri saya sendiri , dari 65 kg dah turun 60 kg dalam masa 2 minggu. So tips yang free, bijak anda makan , hasilnya jugak akan cemerlang. Semoga saya akan dapat turunkan berat badan dengan cara yang sihat serta capai target saya.Dan saya doakan anda terus sihat waalfiat.

Selamat Mencuba.:):)

Amin.








0 comments:

Catat Ulasan