Antara langkah-langkah dan
tindakan yang dapat diambil adalah:
1-Basuh
muka dengan air dan sabun yang lembut atau gunakan pencuci antiseptik 2 kali
sehari dan lap kering dengan tuala yang lembut.
2-Sikat
atau ikat rambut supaya tidak menutup muka.
3-Gunakan
pelembap berasaskan air (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).
4-Jangan
menggunakan bahan-bahan kosmetik yang berminyak seperti bedak asas atau
pelindung cahaya matahari.
5-Jangan
mencucuk, menggaru dan memicit jerawat, noda hitam atau noda putih. Ini boleh
menyebabkan kulit muka berparut.
6-Jangan
meletakkan/merehatkan muka di atas tangan seperti berteleku/menongkat dagu dan
lain-lain kerana ini boleh merengsakan kulit muka.
7-Gunakan
ubat jerawat yang dapat menghalang liang daripada tersumbat dan menanggalkan
noda hitam dan noda putih.
8-Patuhi
arahan penggunaan ubat jerawat dengan berhati-hati.
9-Hentikan
penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.
10-Pakai
pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau
dada.
0 comments:
Catat Ulasan