Home » , , » RAHSIA DOA IBUBAPA.

RAHSIA DOA IBUBAPA.

Written By Unknown on Khamis, 2 Oktober 2014 | 5:29 PTG




Selamat pagi dan salam subuh ....

                                                 

Tengok tajuk pun kita dah tahu....betapa pentingnya restu ibubapa kita dalam kehidupan kita seharian. Tanpa restu mereka mungkin kita tidak akan berjaya di dunia dan di akhirat.Persoalannya kita sebagai anak ,apakah tanggungjawab kita terhadap ibubapa kita. Jom kita melihat beberapa persoalan yang perlu kita renungkan untuk keberkatan hidup kita di dunia dan diakhirat.

Saya merupakan anak ke-3 daripada adik beradik, kenapa perlunya restu ibubapa saya dalam kehidupan saya. Saya dilahirkan daripada KELUARGA KAMPUNG yang sederhana, abah saya telah pencen askar dan berkerja sebagai PENOREH GETAH di kampung.Apa yang saya mahukan kongsi kehidupan sayasebagai seorang anak betapa pentingnya RESTU IBUBAPA.

                                                 


Alhamdulilah , saya dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah , tetap berada di kelas yang pertama. Apa yang dididik oleh mak dan abah adalah SALAM TANGAN mereka setiap pagi ke sekolah dan PESANAN abah setiap kali hantar ke sekolah "TENGOK BETUL-BETUL  APA YANG CIKGU AJAR " maksudnya abah suruh "FOKUS ".Sehinggalah masuk ke universiti dan mendapat segenggam ijazah. Setiap kali peperiksaan , saya akan telefon abah dan mak , "mak , abah..DOAKAN cheq dalam periksa ni", mereka tetap cakap..."DOA KAMI tiap-tiap hari untuk kak la (panggilan untuk saya), semoga kak la berjaya dalam periksa nannti....berlinang air mata saya.Begitulah hebatnya DOA IBUBAPA KITA....sehinggalah sekarang saya kahwin pun mereka selalu BERDOA untuk saya agar rumah tangga saya bahagia ke syurga...tapi saya tak boleh lupakan kisah masa saya NIKAH dengan suami saya, semasa hari pernikahan saya ,saya melihat MATA ABAH, air mata abah bertakung.....abah tak nagis, cuma sempat berpesan .."ang bukan lagi tanggungjawab abah, ang dah jadi isteri orang, ..jaga diri baik-baik..tanggungjawab suami ang dah...abah doakan ang bahagia hingga ke syurga"...alhamdulilah sehingga kini saya bahagia dengan pilihan saya dan saya PASTI KEBAHAGIAN  saya sekarang adalah RESTU IBUBAPA SAYA.

Selagi saya masih bernafas, saya akan lakukan yang TERBAIK untuk MAK& ABAH. Tanpa mereka , siapalah saya sekarang . Kerana DOA MEREKA, saya dah BERJAYA, BAHAGIA dan TENANG dalam kehidupan saya  sekarang, ALHAMDULILAH , saya syukurkan  kepada ALLAH S.W.T.

                                               


Pesan saya kepada anda semua selagi IBUBAPA KITA masih hidup, BELAJARLAH HARGAI mereka :

1. DOAKAN MEREKAsetiap hari ,ALFATIHAH pun jadilahlah.
2. Berilah DUIT BULANAN  kepada mereka ...percayalah rezeki mereka ...rezeki kita...jika mampu.
3. Selalu TELEFON dan bertanya khabar 
4. Selalu PULANG ke kampung.
5. Jika berkampuan , berikan mereka SUPPLEMENT supaya mereka sentiasa sihat dan cergas untuk melakukan ibadah mereka dan kehidupan seharian mereka.

Semoga saya dan anda mendapat kerberakatan hidup di dunia dan di akhirat....RAHSIA DOA IBUBAPA.

Ikhlas.....

Jasmila Jamli









0 comments:

Catat Ulasan